Tuesday, December 15, 2009

aku kembali..

setelah sekian lama aku tgglkan ruang Qulub ni..kini aku aku kembali... tp aku tetap amin yg dulu... yg slalu memberontak jiwa..menggunakan akal bukan pd tptnya..terlalu tunduk pd takdir..sunyi dr cinta..dan penuh dgn gelak tawa.. terdetik kat hati aku nak berubah jd org baek mcm org yg baek spy jd lebih baik.tp nafsu slalu menghalang perjuangan aku.semakin lama aku berjalan kt muka bumi Allah ni semakin aku faham resam IMAN,ISLAM, dan IHSAN..semua berkehendakkan kepada rahmat dn keredhaan Allah s.w.t...

mgkin kehidupan skrg membuatkan hati aku terbukak utk bangun dr mmpi2 yg xpernah aku igaukan.manusia di kelilingku kini hidup penuh ilmiah.kdg2 aku rsa aku sgt jauh dr ilmu-ilmu Allah.aku nk kembali ke jln yg sepatutnya aku lalui...mak ngan abah dh bnyk berbuih mulut nasihatkn aku spy tuntut ilmu sbnyk-bnyk nya..hanya nasihat yg mmpu mrk beri..bkn wang rggit dn harta kekayaan.tp kasih syg yg dorg bg pd aku..perghhh hanya Allah yg tau

Wednesday, September 24, 2008

sayang MAK...sgt

ibu..
derhakalah aku jika dalam diriku,
tak kautemui inginmu..
ibu..
derhakalah aku jika dalam hidupmu,
tak kau temui legamu..
ibu..
derhakalah aku jika dalam mahumu,
tiada mahuku..
tapi derhakakah aku ibu..
jika pada diriku ada risaumu..


Pn Hajah Fatimah bt. Haji Itam

RABBIGHFIRLI WA LIWADAYYA...

AMINN....

Thursday, July 31, 2008

12 Sifat SAHABAT


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya menjadi individu yang memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.